Popular Posts

Wednesday, October 26, 2011

PROGRAM XA-PLUS

SEMSAS akan mengadakan satu program bagi memastikan pelajar akan skor A+ dalam SPM nanti dalam semua matapelajaran.

Bengkel Kecemerlangan Fizik akan dikendalikan oleh Tuan Haji Burhan Bin Ramli ( GC 54) dari Sek Men Sains Machang,Kelantan.

Diharapkan dengan program ini menjadi pecutan terakhir pelajar dalam memastikan mereka mendapat gred yang terbaik dalam SPM nanti.

Syabas dan Tahniah, semoga semua pelajar yang terlibat nanti akan berusaha bersungguh-sungguh dan mencapai impian yang diinginkan.

Sunday, October 23, 2011

PHYSICS OUTREACH PROGRAMME

Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat dengan program ini yang berlangsung di SESMA, Kuala Terengganu,Terengganu.

Anda semua beruntung kerana dapat menghadiri program ini.Anda  adalah insan terpilih yang akan menerajui kecemerlangan keputusan fizik SPM 2011 nanti.

Pastikan anda adalah insan yang akan menjulang nama semsas sebagai juara fizik  di SBP nanti.

Beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh pelajar ini.
1. Pastikan anda memahami apa yang telah anda lihat, cuba mengkaji dan seterusnya dapat satu jawapan yang tepat.
2. Pastikan anda berkongsi apa yang anda lalui hari ini semoga ia akan menjadi ilmu yang kekal abadi.

Friday, October 21, 2011

PECUTAN AKHIR FIZIK SPM 2011

Assalamualaikum wrt wbt

Kepada semua calon fizik SPM 2011 SEMSAS, Antara harapan dan keinginan:

1. Teruskan berusaha dalam saat terakhir ini demi memastikan anda dah mencapai penguasaan 95 % konsep fizik.
2. Buat check list topik-topik yang masih belum dikauasai lagi. Jangan berlengah lagi.  Anda tahu apa yang perlu anda buat. Teruskan langkah kecemerlangan anda.
3. Bersedialah  menerima kesusahan hari ini demi memastikan hari esok anda lebih terjamin.Tuhan  menjaminkan sesiapa yang berusaha dan pastikan akan mendapat balasan yang terbaik.